Friday 21 October 2016

Nikmat kesihatan

Bismillah..
Peace be upon you..

Hari ni dah hari ke 11 selepas sy menjalani pembedahan buang cyst. Alhamdulillah dah makin sihat, sbb dah boleh bangun berjalan sendiri ke toilet. Sebelum ni masa kat hospital, umi kena papah n teman masuk toilet. Malu? Ya. Ngn umi pn sy malu sebenarnya. Hehe. Tapi, bila mana nikmat kesihatan ditarik, mampuke lagi nk malu-malu? Konfem2 kena dapatkan pertolongan org terdekat. Mujur Allah masih bg umi sentiasa di sisi saat diri tiada daya. Huhu.

Nikmat kesihatan. Sungguh, paling terkesan pd diri. Masa sakit tulah, kita akan sedar nikmat kesihatan antara satu nikmat yg Allah bg pd kita. Sungguh sy malu mengaku, 2 3 hari yg pertama selepas pembedahan, Tuhan saje yg tahu sakitnya bagaimana. Hingga tak mampu nk solat. Balik ke rumah, baru mampu solat cara duduk. Ya Allah, ampunilah hambaMu. Rs sesal sbb tak solat sambil baring, tp sungguh, mmg tak mampu waktu itu sbb sakit 😭

Pertama kali dlm hidup, solat cara duduk. Masa solat berair mata. Sbb tak sangka diberi ujian begini dr segi kesihatan. Lpas solat, sungguh2 mintak doa pd Tuhan mtk sembuhkan cepat2 sbb nk solat dgn sempurna. Kita slalu lupa, bila sihat, kita lupa yg kita sihat sbb Allah yg bagi. Allah nk bg sakit pn atas kehendakNya juga. Sungguh Allah sungguh baik pd kita..

Org yg alami shj akan paham ape yg sy sedang alami. Skrg sy dah rs mcm mn org bersalin ikut cara pembedahan. Sakit hanya Allah tahu. Org yg brsalin, kena jaga baby lg. Sy yg bedah tanpa ada baby ni pun rs mcm tak berdaya dah. Kuatnya la para ibu2. Huhu. Respect. Allah dah bg sy rs. Ini ibarat mcm rehearsal utk ms depan jika diberi peluang berpantang bersalin. Kan? Camni lah rasanya berpantang slps pembedahan. Huhu.

Cepatlah masa berlalu.
Sungguh, diri ini mengharapkan perubahan nnt. 
Perubahan ke arah lebih baik. 
Aminnn..

*nak pergi kerja sesangat.. boring terperuk dlm rumah. Tapi, kesihatan x mengizinkan. 

Ya Allah, sembuhkanlah aku secepatnya. Aminn

No comments:

Post a Comment