Thursday 9 July 2015

Projek Biskut Raya #2. Biskut Badam Koko

Bismillah..
Peace be upon you.. ;)

Ni projek kedua sy. Hehe. Cabaran utk diri sendiri. Sy xtahu nama ape nak bagi. Sebabnya sy memandai2 je ni masa buat biskut ni. Hehe. Kita bagi dia nama Biskut Badam Koko pn ok jgk kot. Haha.

Bahan-bahan

● 250g buttercup
● 1 cawan gula pasir
● 2 biji kuning telur
● 6 sudu besar kacang badam (kecik-kecik)- sangai dulu sket
● tepung gandum secukupnya
● 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

1. Campurkan buttercup dan gula, gaul rata.
2. Masukkan kuning telur n sedikit esen vanila, gaul rata.
3. Masukkan kacang badam, gaul rata lg. Hehe.
4. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yg tak keras dan tak lembik.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
6. Masukkan serbuk koko kepada 1 bahagian.
7. Lepas tu, bentukkan adunan kepada bentuk yg kita suka dengan menggabungkan dua adunan itu.
8. Bakar.

Siap!

Sy gabung dan bentukkan macam ni je ;)




No comments:

Post a Comment